Famili aku Sederhana. Asal selesa. Meh nak share gambar raya kitorg 







Raya tahun nih sedih. Baru aku paham kenapa orang boleh menangis dengar lagu raya.

Kenapa?

Sebab raya tahun ni tanpa mak aku. Mak aku meninggal dunia beberapa hari sebelum syawal.
Ramai yang pujuk aku kata alhamdulillah mak meninggal bulan ramadhan. Tak ramai yang terpilih untuk pergi pada bulan ini lebih-lebih lagi pada malam 27 ramadhan. Kata mereka mungkin malam lailatul qadar.  Who knows.

Raya tahun nih takde rendang. Tak sempat nak buat. Kami sekeluarga sibuk memasak untuk kenduri tahlil bukak puasa ramadhan dan puasa enam. Itu ok sebab rendang bukan wajib pon. So tetamu yang ziarah kami hidang ketupat dan kuah kacang, lemang periuk kera dan kari ayam, and biskut raya yang dibeli malam raya. At least ada la something nak hidang. Itu je yang paling simple.

Tell you what, sepanjang 3 hari sebelum dan selepas raya, 22 jam aku duduk dapur. Bangun tidur jer terus masuk dapur. Tetamu yang berziarah ramai sangat. Mugkin simpati mak pergi beberapa hari sebelum orang sambut raya? Saudara-saudara yang tak pernah aku kenal pon suddenly muncul.

Still really appreaciate that dorg ingat kat arwah. One thing aku baru noticed that ramainya kawan-kawan mak aku. Most of them masuk dapur kenalkan diri dan story kat aku how nice arwah mak aku , akhlak arwah sentiasa disenangi  and they told me not to forget them as arwah 's friends. Panjangkan siraturrahim even mak dah tiada.

But to be frankly, aku dah tak  ingat dah wajah-wajah kawan-kawan  mak yang ziarah hari tu. Ramai sangat! Semoga Allah merahmati mereka semua.

So ini cerita raya aku tahun ni. Raya kat dapur. Selamat hari raya Aidilfitri 1435H. Maaf zahir dan batin. Mohon sedekahkan bacaan al-fatihah untuk Almarhumah bonda tercinta. HALIBAH BINTI DAIRY.
Kumpul kat pusara di pagi raya. Memang sebahagian adat dah

Nisa adek aku dan dalam kenangan arwah mak 😢