Alhamdulillah. Selepas tahun 2011 aku tak pernah tengok blog aku ni. Entah tiba-tiba je harini terasa macam nak bukak blog ni balik. Bila bace balik entri-entri yang pernah aku tulis sebelum ni, tersenyum aku. entri yang memang sangat kebudak-budakan. Entri syok sendiri.

Tapi masa aku mula-mula buat blog ni memang tujuan aku nak meluahkan perasaan pon. Macam sekarang. Ye macam sekarang. macam yang apa aku tengah buat sekarang. Meluahkan perasaan! Kalau 5 tahun mendatang dipanjangkan umur mesti aku tersengih kembali membaca entri aku ni balik.

Sekarang dah masuk tahun 2015 bermakna dah lebih dari 3 tahun aku tak pernah bukak langsung blog ni. Aku fikir blog ni dah terkubur dah tapi tak sangka view blog ni melebihi 900 views dan ada beberapa followers. Aku terfikir insan-insan yang terklik masuk ke blog usang ni mesti tak jumpa apa-apa yang menarik pon. Tapi pada aku blog ni simpan banyak cerita hidup aku yang kelakar. Lebih kelakar dari Maharaja Lawak. Pada aku la.

Entri aku banyak aku 'private'kan untuk bacaan sendiri. Hihi aku tak suka nak kongsi kisah aku pada orang macam kebanyakkan bloggers. Tapi ada jugak kisah yang aku saja biar untuk orang lain bace. Kisah aku biasa je. Takde hebat macam orang lain. Aku tak suka nak cerita pom pang sebab takde apa yang nak di pom pang kan, Tapi kerana hidup aku yang biasa ni la aku bersyukur sangat pada Allah. Alhamdulillah..

Takde ape pon yang aku nak cerita untuk entri ni. Saja meluangkan waktu untuk blog ni. Entah bila lagi aku akan update blog ni. Haha. Assalamualaikum n Adios!


#SayaMasturaAdris